Anak : An eye opener..


Anak ni memang bawak banyak makna dalam hidup aku. Masa aku mengandungkan Ummar, Allah bagi aku peluang rasa betapa sayangnya Dia pada aku. Aku sangat kecewa bila nampak spotting/darah sebab ingatkan aku tak mengandung. Sangat kecewa sebab nak sangat mengandung masa tu. Tapi lepas berapa hari, aku tergerak pergi jumpa doctor sebab spotting takde and aku rasa tak sihat. Doctor kat aku still pregnant and spotting tu adalah normal. Tak tau lah rasa ape. Rasa bersalah sebab buruk sangka dengan Allah, ingat dia taknak bagi aku rezeki. Ya Allah ampunkan aku..

Sayangnya Allah kat aku sampai aku jadi malu. Malu sebab selalu ambil mudah. Malu sebab mintak macam-macam, tapi ape yang Allah mintak tak pernah bagi. Tak luang masa dengan Dia, tak ikut cakap dia, tapi mintak itu ini. Bila tak bagi aku kecewa..Astaghfirullah.. Berdosanya aku. Dah bagi rezeki, Allah bukak kan hati aku untuk tutup aurat. Bila fikir balik, aku ni dari kecik mak abah usaha kasi didikan agama tapi bila dah besar liat sungguh nak solat, nak tutup aurat..

Aku ingat lagi masa kecik, aku susah nak mengaji. Bukan taknak mengaji, tapi tak terang hati. Susah nak ingat, susah nak dapat bila orang ajar. Masa tu kalau tak silap aku umur 5-6tahun. Makcik yang ajar aku mengaji dulu garang. Tak pernah tak pegang rotan. Hari dia ajar, esok datang aku masih tak boleh baca. Muqaddam je pon. Orang lain dah beralih muka surat, aku masih muka surat yang sama. Bila mak aku tanya aku cakap aku tak beralih lagi, dia susah hati. Alhamdulillah, walaupun mak aku kurang pandai mengaji tapi dia ngan abah sangat la ambil berat hal-hal pendidikan agama anak-anak. Masa tu duduk dekat dengan rumah arwah wan aku. So arwah wan volunteer untuk ajar aku. Mungkin dengan nenek sendiri, aku boleh baca muqaddam, habis muqaddam beralih baca Al-Quran dan khatam. Darjah 3 ke 4 aku dah khatam. Aku sayang sangat arwah wan aku.. Al-Fatihah untuk wan..

Bila anak lahir aku rasa happy sangat. Setiap kali tengok dia macam magic. Macam tak percaya this little creature yang aku mengandungkan selama 38 minggu. Sempurna nya dia, sihatnya dia..Alhamdulillah.. Aku selalu percaya yang hidayah Allah ni datang dalam pelbagai cara. Aku yakin yang hidayah Allah bagi untuk aku adalah melalui anak aku.. Banyak yang aku belajar sejak dia lahir. Belajar sabar sebab nak dia pun jadi orang yang sabar. Belajar jaga amanah Allah. Sentiasa ingat amanah kena jaga. Tak boleh sambil lewa. Bila dah ada anak aku sedar yang ape-ape pun kita kena selalu mintak tolong Allah.

Kalau anak degil kadang-kadang aku kecewa sangat. Mungkin Allah nak bagi aku rasa ape yang mak abah aku rasa masa aku degil dulu. Allah kan Maha Adil. Aku sedar anak aku degil pun mungkin sebab aku degil dengan Allah. Ibadat tak sempurna. Solat tergesa-gesa akhir waktu. Ape-ape pun, dengan anak lah buat aku sedar yang ape-ape sekali pun aku kena letak Allah first. Bila kita utamakan Allah, He will take care the rest. 

Anak buat aku lagi dekat dengan Allah. Terima kasih Allah. Jangan la Kau ambil perasaan aku ni. Biarlah selamanya begini. Biarlah selamanya Engkau dihati.


Comments

Popular Posts