Pengalaman Mengandung Anak Pertama



Orang nak mengandung, aku pun nak mengandung. Hehe

Alhamdulillah.. Walaupun aku ni jahil dan banyak dosa, Allah bagi juga rahmat untuk aku rasa mengandung. Mungkin ini berkat doa mak abah aku, suami dan orang-orang sekeliling aku. Kadang-kadang rezeki yang kita dapat ni bukan kita punya. Kita hanya pengantara untuk Allah sampaikan rahmat dia pada hambaNya yang lain. Wallahualam.

Aku dapat peluang mengandung agak awal. Lepas few weeks kawen aku dah mengandung. Alhamdulillah.. 1st trimester tu agak serba tak kena la jugak sebab aku rasa badan aku tak best. Sentiasa rasa angin. Rasa macam ada angin tersangkut dalam badan, nak sendawa tak boleh, nak kentut pun tak kentut, nak muntah tak muntah. Loya tu macam tersekattttt je kat tekak. Kan ke tak selesa tu.. Makan macam biasa tapi selalunya tak kena ngan tekak. Banyak juga mengeluh masa ni. Selalu nangis tak memasal sebab rasa tak selesa. Huhu. Emosi sangat! Malas tu takyah cerita la.. Jarang sangat keluar rumah kecuali pergi kerja.

Masa 1st trimester dengan 2nd trimester perut aku kecik je. Dah nak masuk 3rd trimester baru nampak perut besar. So kalau naik tren selalu tak dapat duduk sebab orang tak tau aku mengandung. Dari station Bandaraya sampai Seri Petaling aku kena berdiri. Kalau ade rezeki tengah-tengah tu dapat la duduk kejap. Aku ni jenis kiasu, dah sampai Bukit Jalil pun kalau ade tempat kosong aku happy sangat dah, walaupun next station tu dah Seri Petaling! Haha..

Masa mengandung tak boleh makan lambat. Bila makan lambat siaplah angin tsunami terus dalam badan aku ni. Bergelodak la satu hari. Tapi dah tengah-tengah 2nd trimester tu dah okay. Angin kus-kus dah hilang, badan pun dah selesa, selera makan okay. Semua pun okay. Masa ni pergi mana-mana pun okay. Setakat balik kampung tu okay la tak penat mana. Kalau budak ofis tengok aku bjalan dorang seram. Laju sangat ko kak!! Tak berat ke perut??? Hahaha teringat budak-budak ofis dulu. Dorang fresh grads. Baik sangat. Amal, Fifi, Ein, Sarah.. Selalu tolong aku. Dorang punya caring tu, ada sekali terasa nak makan kat luar. Jemu makan kat foodcourt. Kena lintas jalan besar. Masa nak lintas ni ade kereta main keluar je simpang! Punya la dorang ni protective, otomatik tarik aku and dia yang kedepan. Kalau la kereta tu tak break memang dia yang kena langgar. SubhanAllah..Aku kalau ingat balik, mesti rasa nak nangis. Sayangnya Allah tu sampai dia hantar orang yang sangat baik sekeliling aku untuk jaga aku.. (Sarah, semoga awak bahagia dunia akhirat, dipermudahkan hidup, dilimpahkan rezeki yang baik. Amin..)

Bila dah masuk 3rd trimester tu perut dah besar. Takut. Masa mengandung aku memang takut baby dalam perut besar. Takut susah bersalin. So aku memang jaga bab makan. Sepanjang mengandung seingat aku memang tak makan langsung fast food. Air gas tak sentuh langsung. Air manis memang kurang. Orang cakap minum Anmum bagus time mengandung. Aku minum juga tapi tak banyak. ade la dalam 2kotak kot sepanjang mengandung tu. Sebab aku rasa dia manis sgt. Takut kena kencing manis masa mengandung. Aku banyak minum air masak, air buah, makan sayur.. So sepanjang mengandung tu kandungan gula dalam darah OK, Hb ade sekali rendah. Nurse kat KK suh makan bayam/kerang setiap hari. So aku makan bayam hari-hari. Hehehe.

Kaki tak bengkak pun sepanjang mengandung, Alhamdulillah. tapi selalu cramp. Sampai satu tahap, setiap kali nak tidur ada rasa macam seram sebab dah tau kejap lagi mesti terjaga sebab cramp. Sakitnya cramp...
Masa ni dah 8bulan rasanya. Ibu dah kurang nutrisi. Semua yang ibu makan dah pergi ke baby. Masa ni kalau cramp tu aku jerit je.. Nanti husband bangun pegang kaki. Aku pun tak tau macam mana dia buat, lega la lepas tu. Dia cakap kalau cramp kat padang orang buat macam tu. Tak kisah la janji ilang crampnya.

Masuk 9bulan dah tak larat. Jalan pun slow je. Bukan sebab berat tapi sebab baby aktif sangat. Kuat bergerak. Besilat kot dalam tu. Selalu rasa movement dia sebab kulit perut aku nipis kot. Kalau dia bergerak pun boleh nampak bonjol-bonjol timbul. Fifi dulu selalu tunggu baby bergerak sebab boleh nampak. Bila nampak bonjol timbul-timbul tu dia letak la tangan dia kat perut aku. Kelaka muka dia.. Amaze sangat la tu. Time ni dah susah tido malam. Pusing kanan tak kena, pusing kiri tak kena..Sakit je. Hujung-hujung pregnancy ni aku banyak sakit. Demam teruk, selsema sampai tak boleh bnafas, sakit pinggang.. Naik kereta lama sikit pun tak boleh, sakit pinggang.

Mengandung ni banyak ingatkan aku pada Allah. Ingatkan aku yang aku ni kecik je, jangan sombong dengan orang, jangan sombong dengan Allah. Semua ni jadi sebab Allah izinkan.. Semoga aku selalu baca ape yang aku tulis and ingat yang Allah selalu tolong aku tak kira berapa banyak dosa yang aku dah buat... 

Comments

Popular Posts