Betul ke Himalaya Bonnisan boleh naikkan selera makan anak?
Assalamualaikum!
Last few months viral dekat fb sebab ada orang share pasal Himalaya Bonnisan ni. Anak dia picky eater. So dia cuba supplement ni and selera anaknya bertambah. Mintak makan nasik, kfc etc. Sebelum ni makan biskut je camtu lah kalau tak silap. Sape ada anak susah makan mesti la nak tau betul ke tak. Aku google balik-balik orang share pasal orang yang sama.

Ummar sangat la susah makan. Sangat-sangat susah. Dia cuma makan biskut lexus, oreo, cereal koko crunch, fruit loops, nugget and fries. Yang aku list ni sahaja yang dia makan. Buah ke juice ke ape pun tak suka. Nasik dia kata tak boleh telan. Kalau paksa dia muntahkan. Sebab tu bila dengar pasar Bonnisan ni aku pun cam wow hebatnya. Jom beli! Haha
Tak tau la penangan kisah viral tu ke atau memang product ni laris, semua tempat aku pergi semua out of stock. Farmasi besar yang kat PJ tu (xingat nama) pun takde, Himalaya outlet Sunway pun sama. Dorang cakap memang ramai orang beli. So diorang suruh tinggal hp no. Kalau stock sampai diorang call.
Dalam otak aku masa tu macam-macam angan ada. Membayangkan lepas bagi makan Bonnisan tu Ummar mintak nak makan macam-macam. Berangan Ummar suruh masak itu ini. Ya Allah, angan angan je pun dah bahagia. Nikmat juga tu. Kalau betul lagi la seronok. Macam tu sekali perasaan seorang ibu yang anaknya susah gilaaaaaaa nak makan.
Tunggu dalam 2 minggu takde pun sapa-sapa call. Jadi husband aku yang rajin tu pergi call outlet Himalaya. Call few outlet, Midvalley ada stok!!!! Lunch time dia terus pergi beli tapi dapat 2 botol je. Takpe lah cuba 2 botol dulu. Dalam artikel yang dorang share tu takde pulak bagitau Bonnisan tu berkesan selepas berapa botol.
Malam tu jugak aku bagi anak aku makan. Aku rasa dulu. Aku rasa macam daun pastu berangin sikit-sikit. Aku bajet Ummar mesti taknak punya. Tapi sebab mende tu takde kaler, Ummar ingat ubat flu. Dia telan je tapi dia cakap dia tak suka. Aku bagi 10ml 2 kali sehari dan berdoa semoga ubat ni berkesan.
Sebab pemakanan Ummar tu tak berapa nak sihat tu, dia selalu sembelit. Everytime sembelit kena cucuk ubat bontot. Kesian tapi terpaksa. Kalau tak cucuk, dia akan menangis je dekat dalam toilet. Berak nya tak jugak. Sekali cucuk keluar semua, lega. Tapi sampai bila? Kesan pertama yang aku nampak hasil dari bagi Bonnisan ni, UMMAR DAH TAK SEMBELIT. Dia sendiri pun notice and bagitau "Ummar berak dah tak sakit". Tapi selera makan masih sama.
Lepas few week, dah habis sebotol, Ummar berani nak cuba bila aku offer makanan tapi tak semua la. Aku offer roti sapu nutella. Dia cakap ok tapi nak sikit je. Aku buat cantik-cantik sikit. Tekap dengan acuan cookies beli dekat daiso haha. dia makan banyak!! Walaupun cam roti je tapi kira cam achievement jugak lah tu sebab sebelum ni tak pernah makan.
Pastu aku offer pulak meggi goreng. Ye tak sihat aku tahu. Haha. Aku beli yg cintan punya (dia tulis ada vitamin, tapi...mehhhh..aku tak tau). Buat sup ayam and celur je lah mi cintan tu dalam sup tu. Buat sedap-sedap sebab kalau dia taknak aku boleh ngap sajo. And guess what? HABIS.
Tapi aku belum berjaya offer nasik atau makanan lain lagi. Slow-slow lah ya. Ape boleh aku rumuskan disini, Bonnisan ni selesaikan masalah sembelit Ummar and boleh kata membantu menaikkan selera sikit kot.
Sekarang kalau amik dia balik sekolah, dalam kereta dia dah siap request,
"nanti sampai umah mommy tolong buat roti bentuk heart ok?"
"OKKAYYYY!!"
Jadi lah nak. Tu pun mommy dah bahagia dah. #teammudahbahagia
As salam. boleh tahu tak dia terima budak umur brapa ya?
ReplyDelete