Review : Tadika Little Caliph 2017
Assalamualaikum!
Kejap je dah bulan September. Maknanya dah dekat setahun la hantar Ummar dekat Little Caliph (LC). So aku nak review sikit la memandangkan nak dekat ujung-ujung tahun ni selalunya parents akan start survey tadika yg mana bagus untuk anak masing-masing. Tapi ni just personal opinion aku and based on observation terhadap anak aku dan LC branch ini sahaja.
1. Yuran
Yuran Litte Caliph memang mahal sikit. Masa register, total yuran kena bayar adalah : RM2,437.60. Ni termasuk la uniform 2 pasang, baju PJ sepasang, module dia (KG1), insurance, event fee and registration fee etc. Kitorang register bulan 8 tahun lepas. Memang plan nak register awal sebab takut penuh. Aku dah aim nak hantar Ummar dekat LC branch yang ni dari dia umur dia 3 tahun. And dah expect yuran dia mahal. Sebagai rakyat marhaen yang non hado, awal-awal dah save sikit-sikit so takde la rasa macam..haaaaaaaa yuran tadika dua ribu?? hahaha. Monthly RM470 untuk full day. Aku tambah RM50 untuk class Little Qari 2kali seminggu. So total monthly aku bayar RM530. Lagi mahal dari bayar kereta. Haha. Tapi takpela anak baru sorang takyah berkira sangat.
Actually yuran bergantung pada branch. Ikut tempat juga aku rasa. Aritu kawan aku survey dekat Kota Kemuning sebulan RM420 (kalau tak silap) and registration dalam RM seribu lebih je. Tapi still ribu jugak lah. Setiap tahun memang akan naik 10% (atau lebih) cenggitu. So pandai-pandai lah budget.
2. Expectation vs Achievement
Little Caliph claimed student diorang akan boleh membaca and solat pada umur 4 tahun. So aku memang letak high expectation yang Ummar akan tahu baca and solat by end of the year, atleast. And dengan izin Allah, Alhamdullillah, as at today, Ummar dah nak habis siri cepat baca buku 4 and tahu setiap bacaan dalam solat. Doa iftitah, bacaan rukuk, sujud, tahyat semua tahu cuma sebutan tak berapa betul sebab dia macam pelat sikit. Kita la parents kena rajin betulkan. So LC bukan sekadar sembang kata diorang bagus. Dorang memang bagus. Part ni aku memang puas hati sebab dorang dah achived my expectation. Good job LC!
Selain dari membaca dan solat, zikir munajat and doa-doa harian pun kemain. Setiap pagi diorang ada assembly dulu. Ada baca surah-surah lazim, doa-doa, zikir and nyanyi nyanyi. Kalau dekat rumah tu main toys pun sambil berzikir dengan happynya. Even doa-doa yang aku tak amalkan pun sekarang aku pun dah hafal sebab anak aku asek tanya and baca. Aku lak segan, memanjang jawab tak tahu.
"Mommy tau tak doa dhuha?
"Ummar tau.."
"Doa rabitah mommy tau?"
Mula-mula dia tanya aku dalam hati macam "ada ke doa rabitah?" Omg hahaha jahilnya mak nye. So sekarang aku dah hafal and baca dalam kereta sama-sama setiap hari otw pergi sekolah. Comel kan budak ni?
3. Parents/Teacher
Dorang ada communication book. Macam log book. So apa-apa info atau notis dorang akan tampal dalam buku tu. So kita boleh refer buku tu kalau ada apa-apa berkenaan sekolah. Setiap kelas ada whatsapp group, and dorang memang akan reply and jawab apa jua soalan parents. So communication tu jadi sangat la mudah. Kita boleh pergi kerja dengan senang hati knowing that anak kita kat sekolah elok-elok saja.
Kalau hilang barang pun senang bila diorang create whatsapp group untuk parents ni. Awal-awal sekolah aritu whatsapp group tu aktif pasal anak memasing ilang tudung la, ilang kopiah, anak bawak balik baju atau seluar budak lain, hilang spender pun ada hahaha. Ummar ada sekali bawak balik seluar kawan juga. Nasib baik semua pun bertanda. Senang nak inform parents. Budak 4 tahun mana la tau jaga barang lagi. Teacher pun tak terjaga juga kalau ramai-ramai. Dah bulan 9 ni ok je aku tengok. Masing-masing dah tau barang sendiri, dah faham baju sendiri kena simpan dalam beg sendiri. Ada satu kali tu Ummar hilang seluar PJ. Seminggu aku tunggu tak de orang return pun. Kebetulan seluar PJ aku tak tanda nama. Aku tanya teacher dia kata memang ada 1 seluar PJ tapi tanya student takde sorang pun mengaku tu dia punya hahahaha. Bertuah punya Ummar!
4. Yang tak bagus
Ade je yang tak bagus. Tapi aku senang je. Kalau aku start mencari mende yang tak bagus, memang semua yang tak bagus tu pun datang. So buat apa nak cari? Ada tu memang ada tapi Wallahi aku maafkan and aku rasa yang tak best sikit-sikit tu dah cover dengan apa yang anak aku dapat sekarang.
Kesimpulan
So pada pendapat aku, LC ni memang bagus and kalau rezeki berpanjangan insyaAllah aku habiskan sampai dia 6 tahun. So kalau ada parents yang sedang survey tadika untuk anak, boleh letakkan LC as one of your choice. Senang kerja kita as a parent. Contoh macam solat. Kita kat umah pun solat tapi dia lagi senang belajar dekat sekolah, baca ramai-ramai kuat-kuat. Lagi senang ingat. Boleh je ko nak ajar sendiri kat umah tapi gigih nya? Aku sampai umah pun nak dekat Maghrib, rushing solat masak bagai, settle semua dah penat dah. Kalau hantar LC fullday, dorang akan solat Zohor and Asar kat sekolah. Gilir-gilir jadi imam. Selalunya yang 5-6tahun jadi imam. Yang kecik-kecik jadi makmum. Tapi nanti yang kecik-kecik pun diorang akan bagi merasa jadi imam. Ummar dah pernah jadi imam. Pastu balik rumah bergaduh dengan daddy dia sebab dia nak jadi imam solat kat umah pulak. Tu belum lagi kalau dia acah-acah jadi teacher, time aku solat dia pergi selak kain sebab nak tengok aku duduk tahyat awal/akhir tu betul ke tak! Nak marah tapi comel sangat cemana pulak..........
Dah lah, InsyaAllah kalau ada kelapangan aku share opinion aku pasal syllabus and yang berkaitan belajar pulak. Tak tau la tahun bila tu.
Assalammualaikum, LC, medium dia Fully english atau used only during English class?
ReplyDeletei ada hantar anak i kat XX dkat rumah i kat Shah Alam. Lepas 2 tahun, tak brapa pandai nak baca, tulis & mengira. Naik gelabah terus bila terfikir mcm maner anak i nak masuk sek rendah. pastu terdgr member i hantar anak gi Q, pastu i pun cuba jgak. dlm 3 bln je, nampak beza positif yg besar. anak i pun jd lg rajin & lebih suka blaja.
ReplyDeletesad to say, XX tak brapa relevant dr segi akademik utk menyediakan anak-anak masuk sek rendah
XX tu ktmne?
DeleteAwak klau xnk share tmpt jgn story. Itu namanya kedekut
DeleteHuh
DeleteYuran nya tu. Masyallah. Kte parents mmg nk terbaik.
ReplyDelete